Tuesday, October 20, 2009

Pengenalan Komputer Kepada Murid Pra Sekolah

Pada 16 September yang lalu, Program Pengenalan Kepada Komputer Kepada Murid Pra-Sekolah SKPR telah diadakan. Seramai 25 orang murid pra-sekolah terlibat dan mereka mempelajari asas-asas komputer serta memahirkan diri dengan penggunaan mouse.


Mereka juga diajar menggunakan perisian komputer yang mudah seperti melukis dan mewarna dengan menggunakan Paint serta aktiviti mengeja dengan menggunakan Microsoft Word.

Aktiviti ini dapat menarik minat mereka untuk mengenali dan mempelajari komputer disamping dapat belajar melukis, mewarna dan mengeja dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin

Pada hari Jumaat, 4 September 2009, bersempena dengan Peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung pada minggu hadapan, Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Peringkat Sekolah telah dianjurkan dengan kerjasama guru-guru tahun 6 dan Panitia Pendidikan Islam SKPR.

En Ramli Sedang Memberikan Ucapan


Majlis Bacaan Yasin


Ibu Bapa murid-murid tahun 6 turut serta dalam Majlis Bacaan Yasin ini. Majlis di mulakan dengan sembahyang hajat, bacaan yasin, ceramah dan tidak lupa juga pemberian cenderahati kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada minggu hadapan.

Penyampaian Cenderahati Kepada Murid-Murid Tahun 6

Semoga murid-murid tahun 6 SKPR yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun ini dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan tepat. Semoga berjaya!

UPSR 2009

Bahang UPSR 2009 semakin dirasai terutamanya oleh murid-murid dan guru-guru Tahun 6 SKPR. Peperiksaan UPSR pada tahun ini berlangsung dalam Bulan Ramadhan iaitu pada 8 hingga 10 September 2009.

Namun demikian, usaha masih terus dilakukan oleh para guru bagi memastikan kejayaan menjadi milik pelajar. Kepada calon-calon UPSR 2009, setelah selesai segala usaha, jangan lupa berdoa dan bertawakkal kepada yang Esa, memohon supaya ilmu yang dipelajari selama 6 tahun di SKPR ini diberkatiNya....

Persediaan Menghadapi UPSR


Medan Pertempuran UPSR 2009

Thursday, October 8, 2009

Kemerdekaan 2009

Sempena Bulan Kemerdekaan pada tahun ini, Pertandingan Mewarna telah diadakan. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada 2 tahap, iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.




Monday, October 5, 2009

Ehya Ramadhan 2009

Pada 21 Ogos 2009, bersempena Bulan Ramadhan yang bakal menjelang, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan sambutan Ehya Ramadhan.

Program dimulakan dengan ucapan dan peringatan mengenai persiapan menyambut Ramadhan dari Guru Panitia Pendidikan Islam, iaitu Pn Siti Noor Bt Long. Seterusnya, Guru Besar SK Pantai Remis, En Yahya B Abu Hashim dijemput untuk merasmikan Sambutan Ehya Ramadhan bagi tahun 2009.

Program pada hari tersebut di akhiri dengan bacaan Yasin oleh guru-guru dan pelajar-pelajar tahun 6 sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ucapan Perasmian Dari Guru Besar SK Pantai Remis

Murid-murid Tekun Mendengar Nasihat Guru

Pada tahun ini, program yang dijalankan ialah Pertandingan Mewarna bagi murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Selain itu, program Tadarus Al-Quran juga dijalankan bagi murid Tahun 4, 5 dan 6 pada setiap hari pada waktu rehat. Di harapkan semua warga SKPR akan memanfaatkan Bulan Ramadhan pada tahun ini dan semoga amal ibadat kita akan berterusan pada bulan-bulan yang akan datang.....InsyaALLAH...

Merentas Desa

Bersempena dengan Bulan Kecergasan SKPR yang telah dilancarkan, selepas selesai bersenam, aktiviti diteruskan dengan acara Merentas Desa. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kategori iaitu

  • Tahap Satu Perempuan
  • Tahap Satu Lelaki
  • Tahap Dua Perempuan
  • Tahap Dua Lelaki

Jarak laluan untuk larian merentas desa bagi murid-murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) ialah 1km manakala jarak laluan merentas desa bagi Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) ialah 3km.

Tapak Permulaan Acara Merentas Desa


Murid-murid Bersemangat Meneruskan Acara Merentas Desa

Pada pukul 11.30 pagi, acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara Penyampaian Hadiah kepada setiap pemenang. Bagi setiap kategori, 10 pemenang diambil dan masing-masing menerima sebuah trofi.

Johan Kategori Tahap Dua Lelaki

Johan Kategori Tahap Dua Perempuan


TAHNIAH diucapkan kapada semua pemenang! Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi tahun hadapan ye..jangan lupa tingkatkan kecergasan dan kecerdasan anda!