Wednesday, November 25, 2009

Program 'Gerak Gempur Semangat' 2009

Pada 19 November 2009, Program 'Gerak Gempur Semangat ' Tahun 5 telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat murid-murid tahun 5 bagi menghadapi Peperikasaan UPSR 2010 dan mereka dapat merencanakan pembelajaran kendiri sepanjang percutian akhir tahun ini.

Program ini dirasmikan oleh Guru Besar SK Pantai Remis, En Yahya B Abu Hashim. Beliau turut memberikan kata-kata semangat agar pelajar yang akan menghadapi UPSR pada tahun hadapan mula bergerak dari aspek tingkah laku, emosi dan semangat.

Thursday, November 19, 2009

Keputusan UPSR 2009

Keputusan Peperiksaan UPSR SK Pantai Remis 2009

SENARAI PELAJAR 5A
  1. Nurul Liyana Bt Ramli
  2. Sarah Anis Ilyani Bt Azmi

SENARAI PELAJAR 4A 1B

  1. Amirul Aizam B Sabri
  2. Muhammad Aiman Syakir B Mohd Walaasiri
  3. Liyana Syafiqah Bt Hamid
  4. Norhafizah Bt Mohd Aizad

SENARAI PELAJAR 4A 1C

  1. Wan Ain Najhan Bt Meor Shuhil

SENARAI PELAJAR 3A 2B

  1. Muhamad Nor Amirul Mukminin B Ramalan
  2. Muhammad Hakimi B Mohamad Hanafi
  3. Nor Aliya Syaffa Bt Ahmad Kamal
  4. Nor Damia Nasuha Bt Ahmad Rizal
  5. Muhamad Nabil Shafiq

Hari Sukan 2009

Kemuncak Minggu Kejohanan Olahraga SKPR pada tahun ini, iaitu pada 12 November yang lalu, Hari Sukan Tahunan telah berlangsung dengan meriahnya! Pelbagai persiapan telah dilakukan bagi memeriahkan Hari Sukan pada tahun ini.


...Persiapan Perbarisan Rumah Biru...


Hari Anugerah Cemerlang 2009

Pada 18 November yang lalu, Hari Anugerah Cemerlang Peringkat Sekolah telah diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang serta penghargaan kepada badan kepimpinan sekolah bagi tahun 2009 ini.


Antara tetamu VIP yang hadir bagi menjayakan Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini ialah

Guru Besar SK Pantai Remis - En Yahya B Abu Hashim

Monday, November 9, 2009

Sukaneka SKPR 2009

Pada hari Jumaat, 6 November yang lalu, Acara Sukaneka bersempena dengan Minggu Pra-Kejohanan Olahraga SKPR 2009 telah diadakan dengan meriahnya.

Antara acara sukaneka yang dipertandingkan ialah:
  • Mencari Gula-Gula Dalam Tepung (Murid Pra-Sekolah)
  • Gelecek Bola Hoki
  • Tuju Skater
  • Baling Pundi Kacang Dalam Baldi
  • Skipping

Acara Mencari Gula-Gula Dalam Tepung

Acara Gelecek Bola Hoki

Minggu Pra-Kejohanan Olahraga - Sukantara SKPR 2009

Pada hari Isnin, 2 Nov 2009 yang lalu, bersempena dengan Minggu Pra-Kejohanan Olahraga SK Pantai Remis 2009, acara Sukantara telah diadakan. Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut rumah sukan masing-masing, iaitu:

  • Kumpulan A (Tahun 5 dan 6)
  • Kumpulan B (Tahun 3 dan 4)
  • Kumpulan C (Tahun 1 dan 2)
Terdapat 4 Acara Sukantara yang dipertandingkan iaitu:

1. Lari 100 m (Kumpulan A dan B)

2. Lari 50 m (Kumpulan C)

Hakim Acara Lari 100m

3. Lompat Tinggi (Kumpulan A dan B)

Hakim Acara Lompat Tinggi

4. Lompat Jauh

RIMUP 2009

Pada tahun ini, aktiviti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP 2009) telah dijalankan diantara SK Pantai Remis dan SRJK Tit Bin (C).

Peserta-peserta terdiri daripada 40 orang murid Tahun 3 SRJK Tit Bin (C) dan 40 orang murid Tahun 6 SK Pantai Remis.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Lari Dalam Guni

  • Isi Air Dalam Botol

  • Tarik Tali




Acara penyampaian hadiah kepada peserta-peserta RIMUP 2009



Friday, November 6, 2009

SK Pantai Remis JOHAN Bola Baling Peringkat Daerah Manjung 2009

Pelajar SK Pantai Remis telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan menjadi Johan Pertandingan Bola Baling Peringkat Zon Pantai Remis/Beruas 2009 yang telah diadakan di SK Gelong Gajah, Beruas pada bulan April yang lalu.

Dengan kemenangan ini, SK Pantai Remis telah mewakili Zon Pantai Remis/Beruas ke Peringkat Daerah. Dan sekali lagi peserta-peserta Bola Baling ini telah mengharumkan nama sekolah dan zon setelah berjaya menjadi Johan Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Manjung 2009.







Selain itu, 5 orang peserta Bola Baling SK Pantai Remis juga telah terpilih untuk mewakili Daerah Manjung ke Peringkat Negeri yang diadakan di Uitm Seri Iskandar. Mereka yang terpilih ke Peringkat Negeri ialah
  1. Nur Aiman Syazwan B Noor Azmi
  2. Mohamad Haziq Hilmi B Anuar
  3. Muhammad Amirul Mukminin B Ramalan
  4. Muhammad Rushdi B Mat Saad
  5. Mohamad Azri B Kamar

SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada pasukan Bola Baling SK Pantai Remis 2009 kerana telah berjaya mencipta sejarah kepada Zon Pantai Remis/Beruas setelah berjaya menjadi johan Peringkat Daerah dan telah mewakili Daerah Manjung Ke Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2009 ini.

Story Telling and Action Song Competition

SK Pantai Remis telah menyertai pertandingan 'Action Song and Story Telling Competition' Peringkat Zon Pantai Remis/Beruas 2009 yang berlansung di SK Beruas.

Alhamdulillah, SK Pantai Remis telah menjadi Johan dalam pertandingan 'Story Telling Competition' Peringkat Zon Pantai Remis/Beruas 2009. SK Pantai Remis telah diwakili oleh adik Siti Nur Shuhada Bt Jamaluddin dari kelas 5 Wira. Dengan kemenangan ini, SK Pantai Remis telah terpilih untuk mewakili zon ke Peringkat Daerah Manjung.

Johan Story Telling Competition Peringkat Zon Pantai Remis/Beruas

SK Pantai Remis juga telah memenangi tempat ke-3 dalam pertandingan 'Action Song Competiton' Peringkat Zon Pantai Remis/Beruas 2009. Kumpulan ini diwakili oleh murid-murid tahun 3.

Tempat Ke-3 Action Song Competition Peringkat Zon Pantai Remis/Beruas

TAHNIAH diucapkan kepada peserta-peserta yang telah berjaya mengharumkan nama SK Pantai Remis bagi tahun 2009 ini!

Tuesday, October 20, 2009

Pengenalan Komputer Kepada Murid Pra Sekolah

Pada 16 September yang lalu, Program Pengenalan Kepada Komputer Kepada Murid Pra-Sekolah SKPR telah diadakan. Seramai 25 orang murid pra-sekolah terlibat dan mereka mempelajari asas-asas komputer serta memahirkan diri dengan penggunaan mouse.


Mereka juga diajar menggunakan perisian komputer yang mudah seperti melukis dan mewarna dengan menggunakan Paint serta aktiviti mengeja dengan menggunakan Microsoft Word.

Aktiviti ini dapat menarik minat mereka untuk mengenali dan mempelajari komputer disamping dapat belajar melukis, mewarna dan mengeja dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin

Pada hari Jumaat, 4 September 2009, bersempena dengan Peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung pada minggu hadapan, Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Peringkat Sekolah telah dianjurkan dengan kerjasama guru-guru tahun 6 dan Panitia Pendidikan Islam SKPR.

En Ramli Sedang Memberikan Ucapan


Majlis Bacaan Yasin


Ibu Bapa murid-murid tahun 6 turut serta dalam Majlis Bacaan Yasin ini. Majlis di mulakan dengan sembahyang hajat, bacaan yasin, ceramah dan tidak lupa juga pemberian cenderahati kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada minggu hadapan.

Penyampaian Cenderahati Kepada Murid-Murid Tahun 6

Semoga murid-murid tahun 6 SKPR yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun ini dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan tepat. Semoga berjaya!