Saturday, March 20, 2010

Gotong-Royong Perdana


GOTONG-ROYONG PERDANA 2010
SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI REMIS
Gotong Royong Perdana SK Pantai Remis telah diadakan pada hari Sabtu, 20 Februari 2010 yang lalu. Majlis Gotong-Royong Perdana ini adalah anjuran bersama pihak sekolah dengan PIBG SK Pantai Remis.Majlis dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Yahya Bin Abu Hashim dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan majlis tersebut.
Seramai 20 orang ibu bapa ,semua guru dan pekerja kontrak sekolah hadir menyertai gotong royong pada hari itu. Kerja-kerja berpusatkan pada kawasan persekitaran sekolah, perparitan, makmal komputer, bilik ppsmi,surau, kedai koperasi sekolah dan bilik darjah .Gotong-Royong Perdana ini tamat jam 12.30 tengahari dengan jamuan makan untuk guru, ibu bapa dan pekerja.

Friday, March 19, 2010

PROGRAM MENTOR DAN MANTEE
19 FEBRUARI 2010


Seramai 68 orang pelajar Tahun 6 dari sekolah ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu diberikan perhatian penuh oleh semua guru dalam merealisasikan Visi Sekolah untuk mencapai kecemerlangan menjelang tahun 2010. Sekolah mensasarkan 12 orang pelajar mendapat 5A dan 100% lulus dalam UPSR. Tanggungjawab ini bukan sahaja dipikul oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran teras Tahun Enam, sebaliknya semua guru perlu mengambil bahagian bagi mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah, emosi dan rohani.


Penyerahan Watikah Perlantikan

Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas SK Pantai Remis bertarikh 25 Januari 2010.



Ucapan daripada Ketua Polis Balai, Balai Polis Pantai Remis



Penyampaian Watikah Perlantikan oleh Ketua Polis Balai, Balai Polis Pantai Remis. Di saksikan oleh Tuan Guru Besar SK Pantai Remis.

PROGRAM KEPIMPINAN 2010

Peserta Program Kepimpinan 2010
Penceramah jemputan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.
Latihan pernafasan dalam pengucapan awam