Tuesday, October 20, 2009

Pengenalan Komputer Kepada Murid Pra Sekolah

Pada 16 September yang lalu, Program Pengenalan Kepada Komputer Kepada Murid Pra-Sekolah SKPR telah diadakan. Seramai 25 orang murid pra-sekolah terlibat dan mereka mempelajari asas-asas komputer serta memahirkan diri dengan penggunaan mouse.


Mereka juga diajar menggunakan perisian komputer yang mudah seperti melukis dan mewarna dengan menggunakan Paint serta aktiviti mengeja dengan menggunakan Microsoft Word.

Aktiviti ini dapat menarik minat mereka untuk mengenali dan mempelajari komputer disamping dapat belajar melukis, mewarna dan mengeja dengan cara yang lebih menyeronokkan.

6 comments:

  1. Sekalung tahniah kepada Cik Sheeda (fschoolnet) atas usaha anda mewujudkan blog program sekolah seperti ini. Teruskan usaha murni anda..-GBSKPR-

    ReplyDelete
  2. terima kasih pada Sheeda yang merancakkan aktiviti Pusat Akses.Pendedahan awal ICT kepada murid-murid prasekolah sebegini amatlah digalakkan.Permata harapan bangsa.Hidup SKPR..

    ReplyDelete
  3. yup....tq yer sheeda for build up the blog...al maklumla cikgu2 kat sini bz sokmo.heheh..apapun semoga apa yg dilakukan dirahmatiNya..semoga SKPR ceria n happy seperti selalu...

    ReplyDelete
  4. wah..cepat cik kah jaja respon..good...

    ReplyDelete
  5. Tq di atas sokongan cikgu2...kalau ader info atau idea pape, jgn segan2 bg tau yer... =)

    ReplyDelete
  6. Tahniah... blog anda yang menarik

    ReplyDelete