Saturday, March 20, 2010

Gotong-Royong Perdana


GOTONG-ROYONG PERDANA 2010
SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI REMIS
Gotong Royong Perdana SK Pantai Remis telah diadakan pada hari Sabtu, 20 Februari 2010 yang lalu. Majlis Gotong-Royong Perdana ini adalah anjuran bersama pihak sekolah dengan PIBG SK Pantai Remis.Majlis dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Yahya Bin Abu Hashim dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan majlis tersebut.
Seramai 20 orang ibu bapa ,semua guru dan pekerja kontrak sekolah hadir menyertai gotong royong pada hari itu. Kerja-kerja berpusatkan pada kawasan persekitaran sekolah, perparitan, makmal komputer, bilik ppsmi,surau, kedai koperasi sekolah dan bilik darjah .Gotong-Royong Perdana ini tamat jam 12.30 tengahari dengan jamuan makan untuk guru, ibu bapa dan pekerja.
Sambutan gotong royong di SK Pantai Remis amatlah membanggakan dan diharap ramai lagi penyertaan ibu bapa pada masa yang akan datang. Pihak sekolah merakamkan berbanyak – banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti gotong royong perdana tersebut.

Guru-guru membersihkan bilik ppsmi untuk dijadikan bilik alat tulis.

Kaum bapa membersihkan kawasan longkang di luar pagar sekolah


Antara alternatif yang digunakan untuk mengangkat barang-barang kedai buku...Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.

Guru Besar pun memberi komitmen dalam gotong-royong ini...


Dah penat buat kerja,tibalah masa untuk makan plak..

No comments:

Post a Comment