Tuesday, April 20, 2010

TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE 20/2010

Pada 4 Mac 2010 yang lalu, Temasya Sukan Tahunan Kali Ke 20/2010 SK Pantai Remis telah diadakan dengan jayanya yang bertempat di Padang Sekolah SK Pantai Remis.Temasya Sukan Tahunan ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Sharif Bin Mohammad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (R), Daerah Manjung.

Saturday, March 20, 2010

Gotong-Royong Perdana


GOTONG-ROYONG PERDANA 2010
SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI REMIS
Gotong Royong Perdana SK Pantai Remis telah diadakan pada hari Sabtu, 20 Februari 2010 yang lalu. Majlis Gotong-Royong Perdana ini adalah anjuran bersama pihak sekolah dengan PIBG SK Pantai Remis.Majlis dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Yahya Bin Abu Hashim dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan majlis tersebut.
Seramai 20 orang ibu bapa ,semua guru dan pekerja kontrak sekolah hadir menyertai gotong royong pada hari itu. Kerja-kerja berpusatkan pada kawasan persekitaran sekolah, perparitan, makmal komputer, bilik ppsmi,surau, kedai koperasi sekolah dan bilik darjah .Gotong-Royong Perdana ini tamat jam 12.30 tengahari dengan jamuan makan untuk guru, ibu bapa dan pekerja.

Friday, March 19, 2010

PROGRAM MENTOR DAN MANTEE
19 FEBRUARI 2010


Seramai 68 orang pelajar Tahun 6 dari sekolah ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu diberikan perhatian penuh oleh semua guru dalam merealisasikan Visi Sekolah untuk mencapai kecemerlangan menjelang tahun 2010. Sekolah mensasarkan 12 orang pelajar mendapat 5A dan 100% lulus dalam UPSR. Tanggungjawab ini bukan sahaja dipikul oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran teras Tahun Enam, sebaliknya semua guru perlu mengambil bahagian bagi mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah, emosi dan rohani.


Penyerahan Watikah Perlantikan

Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas SK Pantai Remis bertarikh 25 Januari 2010.



Ucapan daripada Ketua Polis Balai, Balai Polis Pantai Remis



Penyampaian Watikah Perlantikan oleh Ketua Polis Balai, Balai Polis Pantai Remis. Di saksikan oleh Tuan Guru Besar SK Pantai Remis.

PROGRAM KEPIMPINAN 2010

Peserta Program Kepimpinan 2010
Penceramah jemputan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.
Latihan pernafasan dalam pengucapan awam

Wednesday, November 25, 2009

Program 'Gerak Gempur Semangat' 2009

Pada 19 November 2009, Program 'Gerak Gempur Semangat ' Tahun 5 telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat murid-murid tahun 5 bagi menghadapi Peperikasaan UPSR 2010 dan mereka dapat merencanakan pembelajaran kendiri sepanjang percutian akhir tahun ini.

Program ini dirasmikan oleh Guru Besar SK Pantai Remis, En Yahya B Abu Hashim. Beliau turut memberikan kata-kata semangat agar pelajar yang akan menghadapi UPSR pada tahun hadapan mula bergerak dari aspek tingkah laku, emosi dan semangat.

Thursday, November 19, 2009

Keputusan UPSR 2009

Keputusan Peperiksaan UPSR SK Pantai Remis 2009

SENARAI PELAJAR 5A
  1. Nurul Liyana Bt Ramli
  2. Sarah Anis Ilyani Bt Azmi

SENARAI PELAJAR 4A 1B

  1. Amirul Aizam B Sabri
  2. Muhammad Aiman Syakir B Mohd Walaasiri
  3. Liyana Syafiqah Bt Hamid
  4. Norhafizah Bt Mohd Aizad

SENARAI PELAJAR 4A 1C

  1. Wan Ain Najhan Bt Meor Shuhil

SENARAI PELAJAR 3A 2B

  1. Muhamad Nor Amirul Mukminin B Ramalan
  2. Muhammad Hakimi B Mohamad Hanafi
  3. Nor Aliya Syaffa Bt Ahmad Kamal
  4. Nor Damia Nasuha Bt Ahmad Rizal
  5. Muhamad Nabil Shafiq

Hari Sukan 2009

Kemuncak Minggu Kejohanan Olahraga SKPR pada tahun ini, iaitu pada 12 November yang lalu, Hari Sukan Tahunan telah berlangsung dengan meriahnya! Pelbagai persiapan telah dilakukan bagi memeriahkan Hari Sukan pada tahun ini.


...Persiapan Perbarisan Rumah Biru...


Hari Anugerah Cemerlang 2009

Pada 18 November yang lalu, Hari Anugerah Cemerlang Peringkat Sekolah telah diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang serta penghargaan kepada badan kepimpinan sekolah bagi tahun 2009 ini.


Antara tetamu VIP yang hadir bagi menjayakan Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini ialah

Guru Besar SK Pantai Remis - En Yahya B Abu Hashim

Monday, November 9, 2009

Sukaneka SKPR 2009

Pada hari Jumaat, 6 November yang lalu, Acara Sukaneka bersempena dengan Minggu Pra-Kejohanan Olahraga SKPR 2009 telah diadakan dengan meriahnya.

Antara acara sukaneka yang dipertandingkan ialah:
  • Mencari Gula-Gula Dalam Tepung (Murid Pra-Sekolah)
  • Gelecek Bola Hoki
  • Tuju Skater
  • Baling Pundi Kacang Dalam Baldi
  • Skipping

Acara Mencari Gula-Gula Dalam Tepung

Acara Gelecek Bola Hoki