Friday, November 6, 2009

SK Pantai Remis JOHAN Bola Baling Peringkat Daerah Manjung 2009

Pelajar SK Pantai Remis telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan menjadi Johan Pertandingan Bola Baling Peringkat Zon Pantai Remis/Beruas 2009 yang telah diadakan di SK Gelong Gajah, Beruas pada bulan April yang lalu.

Dengan kemenangan ini, SK Pantai Remis telah mewakili Zon Pantai Remis/Beruas ke Peringkat Daerah. Dan sekali lagi peserta-peserta Bola Baling ini telah mengharumkan nama sekolah dan zon setelah berjaya menjadi Johan Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Manjung 2009.







Selain itu, 5 orang peserta Bola Baling SK Pantai Remis juga telah terpilih untuk mewakili Daerah Manjung ke Peringkat Negeri yang diadakan di Uitm Seri Iskandar. Mereka yang terpilih ke Peringkat Negeri ialah
  1. Nur Aiman Syazwan B Noor Azmi
  2. Mohamad Haziq Hilmi B Anuar
  3. Muhammad Amirul Mukminin B Ramalan
  4. Muhammad Rushdi B Mat Saad
  5. Mohamad Azri B Kamar

SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada pasukan Bola Baling SK Pantai Remis 2009 kerana telah berjaya mencipta sejarah kepada Zon Pantai Remis/Beruas setelah berjaya menjadi johan Peringkat Daerah dan telah mewakili Daerah Manjung Ke Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2009 ini.

1 comment: